Sai Gon - Mui Ne - Mekong - Cu Chi Tunnel 5 days 4 nights - Vietnam Muslim Tour Kaka
Show all

Sai Gon - Mui Ne - Mekong - Cu Chi Tunnel 5 days 4 nights

Kod: NL502 / Panjang: 5 Hari 4 Malam

Enquiry Form
Kategori: Sai Gon Muslim Tour

Hari 1: Ho Chi Minh City – Mui ne beach

Meals: Dinner | Vehicle: Air

 

Pick up di airport dan anda akan di bawa ke Mui Ne dan perjalanan mengambil masa sekitar 4 ke 5 jam. Bermalam di Mui Ne

Hari 2: Mui ne – Ho Chi Minh City

Meals: breakfast/lunch/dinner | Vehicle: Bus

 

4.30pagi: Sebuah Jeep khas akan mengambil anda di hotel dan melawat White Sand Dunes. Anda dapat melihat matahari terbit yang indah. Selepas itu, kami bawa anda ke Red Sand Dunes, Fishing Village dan Fairy Stream. Selesai tour tersebut anda di hantar pulang ke hotel dan menikmati sarapan pagi di hotel.

 

11.30pagi: Cek out dari hotel dan kami membawa anda menikmati hidangan tengah hari di restoran halal india. Kemudian, perjalanan pulang ke Ho Chi Minh di teruskan dan kami hantar semula anda ke hotel di Ho Chi Minh untuk bermalam di sana.

Hari 3: Saigon - Mekong Delta – Shopping

Meals: breakfast/lunch/dinner | Vehicle: Bus

 

Jam 8 pagi, pemandu pelancong akan mengambil anda di hotel kemudian membawa anda melawat ke Mekong delta. Sepanjang 2 jam perjalanan anda akan disajikan oleh pemandangan yang indah di mana terdapat sawah padi, tanaman nanas, dusun serta perkampuangan di sana. Setibanya di My Tho, anda akan di bawa menaiki bot besar untuk ke Dragon Island, Unicorn Island, Phoenix Island, Turtle Island dan kemudian akan berhenti ke Unicorn Island. Di sana anda akan melawat pusat memproses madu. Selepas itu anda di bawa untuk menaiki sampan kecil untuk melihat kehidupan masyarakat tempatan di Mekong Delta. Dari sana kita akan singgah di Ben Tre untuk melihat kilang gula-gula kelapa. Anda juga dapat menikmati buah-buahan tempatan dan mendengar nyanyian tradisi masyarakat di sana. kemudian kembali pulang ke Ho Chi Minh

Pulang ke Ho Chi Minh dan kami akan membawa anda shopping telekung di Mai Factory di mana harga barangan di sana lebih murah daripada Ben Thanh Market. Kembali ke hotel dan anda bebas melakukan sebarang aktiviti.

Hari 4: Cu Chi Tunnel – City Tour

Meals: breakfast/lunch/dinner | Vehicle: Bus

 

Jam 8 pagi anda akan dibawa menuju ke Chu Chi Tunnel. Terletak 60km dari Bandar HCM, Chu Chi di isytiharkan sebagai daerah bersejarah berdasarkan peperangan oleh tentera Amerika suatu masa dahulu. Terowong sepanjang 220km di bawah tanah menjadi tarikan utama pelancong yang hadir ke Vietnam untuk melawat ke kawasan ini. Terdapat banyak peninggalan sejarah yang berada di Chu Chi dan boleh dilihat sehingga sekarang.

 

Menikmati makan tengah hari di Restoran Halal Chu Chi dan pulang ke HCM untuk sesi lawatan ke War Museum, Post Office, Notre Deme Catherdal. Kembali semula ke hotel dan anda bebas melakukan sebarang aktiviti.

Hari 5: Ho Chi Minh City - Destinasi anda

Meals: breakfast | Vehicle: Air

 

Menikmati atau membeli belah di sekitar Ho Chi Minh sendiri. Kemudian, kami akan menghantar anda ke airport untuk pulang ke destinasi masing-masing.