Jam 8 pagi, pemandu pelancong akan mengambil anda di hotel kemudian membawa anda melawat ke Mekong delta. Sepanjang 2 jam perjalanan anda akan disajikan oleh pemandangan yang indah di mana terdapat sawah padi, tanaman nanas, dusun serta perkampuangan di sana. Setibanya di My Tho, anda akan di bawa menaiki bot besar untuk ke Dragon Island, Unicorn Island, Phoenix Island, Turtle Island dan kemudian akan berhenti ke Unicorn Island. Di sana anda akan melawat pusat memproses madu. Selepas itu anda di bawa untuk menaiki sampan kecil untuk melihat kehidupan masyarakat tempatan di Mekong Delta. Dari sana kita akan singgah di Ben Tre untuk melihat kilang gula-gula kelapa. Anda juga dapat menikmati buah-buahan tempatan dan mendengar nyanyian tradisi masyarakat di sana. kemudian kembali pulang ke Ho Chi Minh
Pulang ke Ho Chi Minh dan kami akan membawa anda shopping telekung di Mai Factory di mana harga barangan di sana lebih murah daripada Ben Thanh Market. Kembali ke hotel dan anda bebas melakukan sebarang aktiviti.