Ho Chi Minh City - Mui Ne - Cu Chi - City 4 days 3 nights - Vietnam Muslim Tour Kaka
Show all

Ho Chi Minh City - Mui Ne - Cu Chi - City 4 days 3 nights

Kod: NL403-02 / Panjang: 4 Hari 3 Malam

Enquiry Form
Kategori: Sai Gon Muslim Tour

Hari 1: Kedatangan Ho Chi Minh – City Tour – Pantai Mui ne (Makan tengah hari/ Makan malam)

Meals: Makan tengah hari/malam | Vehicle: Air

 

Setibanya anda di airport, kami akan membawa anda  ke HCM . Menikmati makan tengah hari di Restoran Halal.

Kemudian terus menuju ke Mui Nei Beach. Perjalanan mengambil masa sekitar 4 – 5 jam. Cek in di Resort dan selepas itu pemandu pelancong akan membawa anda ke tempat yang menarik untuk melihat matahari terbenam. Kembali semula ke hotel dan menjamu selera untuk makan malam.

Hari 2: Mui Ne – Kota Ho Chi Minh (Makan Sarapan/ Makan tengah hari/ Makan malam)

Meals: Sarapan/Tengah hari/malam | Vehicle: Bus

 

4.30pagi: Sebuah Jeep khas akan mengambil anda di hotel dan melawat White Sand Dunes. Anda dapat melihat matahari terbit yang indah. Selepas itu, kami bawa anda ke Red Sand Dunes, Fishing Village dan Fairy Stream. Selesai tour tersebut anda di hantar pulang ke hotel dan menikmati sarapan pagi di hotel.

11.30pagi: Cek out dari hotel dan kami membawa anda menikmati hidangan tengah hari di restoran halal india. Kemudian, perjalanan pulang ke Ho Chi Minh di teruskan dan kami hantar semula anda ke hotel di Ho Chi Minh untuk bermalam di sana.

Hari 3: Cu Chi Tunnel – City Tour (Makan Sarapan/ Makan Tengah hari/ Makan malam)

Meals: Sarapan/Tengah hari/malam | Vehicle: Bus

 

Jam 8 pagi anda akan dibawa menuju ke Chu Chi Tunnel. Terletak 60km dari Bandar HCM, Chu Chi di isytiharkan sebagai daerah bersejarah berdasarkan peperangan oleh tentera Amerika suatu masa dahulu. Terowong sepanjang 220km di bawah tanah menjadi tarikan utama pelancong yang hadir ke Vietnam untuk melawat ke kawasan ini. Terdapat banyak peninggalan sejarah yang berada di Chu Chi dan boleh dilihat sehingga sekarang.

Menikmati makan tengahari di Local halal restaurant Chu Chi. Kemudian bertolak balik ke HCM dan anda akan di bawa melawat ke War Museum, city hall, post office, hard rock café dan mengunjungi masjid di sana untuk solat. Pulang ke hotel dan anda boleh pergi ke Benh Thanh Market sendiri untuk membeli belah.

Makan malam di Restorant halal tempatan. Bermalam di Ho Chi Minh City.

Hari 4: Kota Ho Chi Minh - Destinasi anda (Sarapan)

Meals: Makan Sarapan | Vehicle: Air

 

Menikmati atau membeli belah di sekitar Ho Chi Minh sendiri. Kemudian, kami akan menghantar anda ke airport untuk pulang ke destinasi masing-masing