8 pagi, pemandu pelancong akan mengambil anda di hotel kemudian membawa anda melawat ke Mekong delta. Sepanjang 2 jam perjalanan anda akan disajikan oleh pemandangan yang indah di mana terdapat sawah padi, tanaman nanas, dusun serta perkampuangan di sana. Setibanya di My Tho, anda akan di bawa menaiki bot besar untuk ke Dragon Island, Unicorn Island, Phoenix Island, Turtle Island dan kemudian akan berhenti ke Unicorn Island. Di sana anda akan melawat pusat memproses madu. Selepas itu anda di bawa untuk menaiki sampan kecil untuk melihat kehidupan masyarakat tempatan di Mekong Delta. Dari sana kita akan singgah di Ben Tre untuk melihat kilang gula-gula kelapa. Anda juga dapat menikmati buah-buahan tempatan dan mendengar nyanyian tradisi masyarakat di sana. Menikmati makan tengah hari di My Tho (Restoran halal) kemudian kembali pulang ke Ho Chi Minh. Setibanya di Ho Chi Minh, kami membawa anda membeli belah di Mai Factory di mana terdapat jualan telekung yang murah. Makan malam di Restoran halal tempatan. Bermalam di Ho Chi Minh.